NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI SEWAKTU KETEGANGAN GEOPOLITIK MENINGKAT


KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada waktu ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Syria dan Korea. 

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes memberitahu Bernama kenaikan itu juga didorong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Kontrak bulan semerta Disember 2024 berkembang kepada US$2,664.20 setiap auns troy daripada US$2,653.80 setiap auns troy pada Jumaat lepas manakala Januari 2025 meningkat kepada US$2,676.40 setiap auns troy daripada US$2,666.0 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,688.50 setiap auns troy daripada US$2,678.10 sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurang kepada satu lot daripada lima lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 20 kontrak daripada 23 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 6 Dis, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,637.30 setiap auns troy.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *