Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun terdapat penurunan kecil dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
Kontrak bulan semasa Januari 2025 meningkat kepada US$2,721.80 setiap auns troy daripada US$2,708.80 setiap auns troy pada Isnin dan Februari 2025 naik kepada US$2,730.70 setiap auns troy daripada US$2,717.70 setiap auns troy sebelum ini.
Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025, masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,738.80 setiap auns troy daripada US$2,725.80 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan naik kepada 76 lot daripada 27 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 100 kontrak daripada 56 kontrak sebelum ini.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,707.70 setiap auns troy.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
Responses