Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Kelemahan Dolar US
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar US yang lebih lemah di tengah -tengah kebimbangan fiskal Amerika Syarikat yang berterusan.
Kontrak Mei 2025 naik kepada US$3,336.50 setiap auns troy berbanding US$3,310.80 setiap auns troy yang dicatatkan semalam, manakala Jun 2025 mengukuh kepada US$3,349.70 setiap auns troy daripada US$ 3,323.80 setiap auns troy.
Julai, Ogos dan Oktober 2025 meningkat kepada US$3,363.40 setiap auns troy daripada US$3,337.50 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan menurun kepada 45 lot berbanding 559 lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 82 kontrak daripada 597 kontrak.
Berdasarkan penetapan tengah hari pada 22 Mei London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$3,284 setiap auns troy.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
Responses