Niaga Hadapan KLCI Meningkat Pada Sesi Awal


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada awal dagangan Selasa.

Pada 9.15 pagi, kontrak Jun 2025 meningkat sebanyak 4.0 mata kepada 1,512.50, Julai 2025 naik 5.0 mata kepada 1,511, September 2025 menokok 6.0 mata kepada 1,492.0, dan Disember 2025 meraih 9.5 mata kepada 1,499.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,930 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 44,606 kontrak.

Sementara itu, asas FBM KLCI turun 0.97 mata selepas 34 minit dagangan dijalankan, mencecah paras 1,515.64 berbanding penutupan Isnin pada 1,516.61.

— BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *