Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) — Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM31.6 bilion daripada RM30.67 bilion pagi ini manakala kecairan dalam dana Islam merosot kepada RM20.8 bilion daripada RM23.26 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat menjalankan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.6 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM20.8 bilion, kedua-duanya bagi tempoh kematangan sehari. 

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 24 Jun 2025.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *