Ringgit Ditutup Tinggi Hari Keempat Berturut-turut


Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bermula hari ini telah menjejaskan dolar AS, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2040/2090 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2095 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penutupan kerajaan AS akan mengehadkan perkhidmatan kerajaan termasuk pengeluaran data perangkaannya sekali gus menimbulkan lebih banyak ketidaktentuan mengenai keadaan ekonomi semasa negara itu.

Pada penutupan dagangan, ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9410/9468 daripada 4.9327/9386 ketika ditutup pada Rabu, susut berbanding pound Britain kepada 5.6741/6809 daripada 5.6605/6672 semalam dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.8669/8705 daripada 2.8561/8597 sebelumnya.

Unit tempatan juga kebanyakannya diniagakan rendah atau tidak banyak berubah berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9829/13.0040 daripada 12.9929/13.0128 ketika ditutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2665/2707 daripada 3.2623/2665 pada Rabu, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 253.2/253.6 daripada 252.7/253.1 semalam dan tidak banyak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.23/7.25 daripada 7.23/7.24 sebelum ini.

— BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *