Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Peningkatan Pengeluaran


Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata peningkatan pengeluaran yang dijangka berlaku dalam beberapa minggu akan datang ditambah dengan tahap inventori yang tinggi di negara ini dikatakan sedang memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

“Kami melihat harga sokongan baik melebihi RM4,380 satu tan dengan harga rintangan pada RM4,540 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 turun RM46 kepada RM4,401 satu tan manakala kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing merosot RM49 kepada RM4,426 dan RM4,456 satu tan.

Kontrak Februari 2026 berkurang RM46 kepada RM4,468 satu tan manakala kontrak Mac 2026 menyusut RM31 kepada RM4,462 satu tan dan kontrak April 2026 kehilangan RM27 kepada RM4,448 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 109,930 lot daripada 64,163 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 277,711 kontrak daripada 279,217 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, November Selatan turun RM30 kepada RM4,430 satu tan.

— BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *