Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Dolar US Melemah
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari Khamis, disokong oleh dolar US yang melemah dan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan, ini telah meningkatkan permintaan untuk emas sebagai aset selamat.
Kontrak bulan semerta 2025 meningkat kepada US$4,025.20 setiap auns troy daripada US$3,981.70 yang dicatatkan pada hari Rabu, Disember 2025 menokok kepada US$4,042.10 berbanding US$3,998.60 dan Januari 2026 naik kepada US$4,060.90 daripada US $ 4,016.80 sebelum ini.
Manakala, Februari 2026, April 2026 serta Jun 2026 semuanya berakhir lebih tinggi pada US$4,076.80 setiap auns troy daripada US$4,032.70.
Jumlah dagangan susut kepada 31 lot berbanding 34 lot pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 138 kontrak daripada 139 sebelum ini.
Berdasarkan penetapan tengah hari 5 Nov 2025 London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$3,968.20 setiap auns troy.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
Responses