FBM KLCI NAIK MELEBIHI PARAS 1,600 PADA TENGAH HARI
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meraih momentum dan meningkat melebihi paras 1,600 tengah hari ini berikutan aktiviti pembelian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, perkhidmatan kewangan, serta telekomunikasi dan media.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.16 mata atau 0.14 peratus kepada 1,605.36 daripada 1,603.20 semasa ditutup semalam, selepas dibuka 1.37 mata lebih rendah pada 1,601.83.
Indeks berkenaan bergerak antara 1,597.12 dan 1,605.95 sepanjang sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 460 berbanding 378 manakala 513 kaunter kekal tidak berubah, 1,127 tidak diniagakan dan 39 yang digantung dagangan.
Press Metal Aluminium menokok 6.0 sen kepada RM4.99, CIMB naik 4.0 sen kepada RM8.15, dan Telekom Malaysia meningkat 10 sen kepada RM6.62, dengan kaunter-kaunter ini menarik indeks komposit meningkat dengan gabungan 2.22 mata.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan kenaikan harga minyak akibat ketegangan baharu antara perdagangan minyak Amerika Syarikat dan Rusia yang mungkin berlaku, peningkatan semula dalam kaunter berkaitan minyak dan gas adalah dijangkakan.
“Sementara itu, peniaga boleh memberikan tumpuan kepada industri pertengahan pusat data menerusi sektor teknologi seperti penyelesaian IT, keselamatan siber, pemacu cakera keras, perkhidmatan pembuatan elektronik, dan ujian serta pemasangan semikonduktor sumber luar, yang didorong pembinaan kemudahan pusat data yang sedang dilaksanakan.
“Selain itu, kami memilih saham-saham terpilih dalam sektor utiliti, produk perindustrian dan pengguna yang berada dalam fasa aliran meningkat,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Petronas Dagangan naik 32 sen kepada RM20.40, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM10.14, Petronas Gas menokok 6.0 sen kepada RM17.12 manakala Petronas Chemicals susut 7.0 sen kepada RM4.91 dan Hong Leong Bank rendah 10 sen kepada RM20.40.
Bagi saham aktif, TMK Chemical menokok 20 sen kepada RM1.95, Datasonic meningkat setengah sen kepada 43.5 sen, manakala TWL Holdings, Zen Tech dan Aizo tidak berubah masing-masing pada 3.0 sen, 1.0 sen dan 13 sen.
Di pasaran lebih luas, Indeks FBM 70 meningkat 7.34 mata kepada 18,430.35, Indeks FBM Emas Syariah menambah 20.28 mata kepada 12,289.52, Indeks FBM ACE mengukuh 3.47 mata kepada 5,296.72, Indeks FBM Emas meningkat 11.68 mata kepada 12,309.16, dan Indeks FBMT 100 naik 12.76 mata kepada 11,992.07.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.12 mata kepada 174.12,Indeks Tenaga naik 3.35 mata kepada 825.64 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 14.43 mata kepada 19,138.23 dan Indeks Perladangan menyusut 9.53 mata kepada 7,631.66.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
Responses