Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, mencerminkan penurunan kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.18 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025 merosot 10.0 mata kepada 1,519.0, September 2025 dan Disember 2025, masing-masing berkurangan 9.5 mata kepada 1,499.50 dan 1,500.0 serta Mac 2026 susut 6.5 mata kepada 1.491.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,107 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,150 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI berkurangan 9.50 mata kepada 1,523.85 selepas 38 minit dagangan daripada 1,533.35 pada Jumaat lepas.

— BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *