Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah


KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.

Pada 9.30 pagi, kontrak September 2025 susut 2.5 mata kepada 1,604.5, Oktober 2025 berkurangan tiga mata kepada 1,600.5, Disember 2025 merosot 4.5 mata kepada 1,593.5 dan Mac 2026 rendah empat mata kepada 1,574.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,978 lot, dengan kepentingan terbuka pada 41,776 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI susut 9.07 mata kepada 1,602.63 selepas 45 minit dagangan berbanding 1,611.70 semasa ditutup pada Rabu.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *