Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 susut 9.0 mata kepada 1,598.0, Oktober 2025 dan Mac 2026 turun 10 mata setiap satu masing-masing kepada 1,593.5 dan 1,568.0, manakala Disember 2025 berkurangan 9.5 mata kepada 1,588.5.
Jumlah dagangan susut kepada 6,123 lot daripada 8,161 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,369 kontrak daripada 45,871 kontrak.
FBM KLCI turun 12.77 mata kepada 1,598.93 daripada paras penutup 1,611.70 pada Rabu.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
Responses