Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah


KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung oleh pedagang, apabila harga di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat terus meningkat.

Kontrak September 2025 susut kepada US$3,753.3 setiap auns troy daripada US$3,770.6 pada Rabu, kontrak Oktober 2025 berkurang kepada US$3,769.7 daripada US$3,787.3 semalam, dan kontrak November 2025 merosot kepada US$3,787.9 daripada US$3,805.5 sebelumnya. 

Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$3,807.8 setiap auns troy berbanding US$3,825.4 semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 491 lot daripada 135 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 531 kontrak daripada 163 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$3,761.60 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 24 Sept, 2025.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *