Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada Khamis, seiring dengan peningkatan di pasaran tunai asas.

Pada 9.16 pagi, kontrak November 2025 naik lapan mata kepada 1,630.50, Disember 2025 menokok tujuh mata kepada 1,629.0, Mac 2026 meningkat 4.5 mata kepada 1,607.0, manakala Jun 2026 kekal tidak berubah pada 1,606.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,331 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 40,040 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI menokok 1.47 mata kepada 1,623.02 selepas 35 minit dagangan, berbanding 1,621.55 ketika ditutup pada Rabu.

— BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *