Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Apabila Data Ekonomi AS Dijangka Dorong Fed Longgarkan Dasar Monetari


Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur menjangkakan data ekonomi Amerika Syarikat (AS), yang akan dikeluarkan kelak, mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasarnya pada Disember.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur emas membuat pembelian apabila mereka menjangkakan data ekonomi AS mendorong Fed mengambil pendirian cenderung kepada kadar faedah tinggi.

Beliau berkata perkara itu sebahagiannya menjadi punca harga logam itu semakin meningkat.

Bagaimanapun, bidaan semasa emas kelihatan berkurangan seperti dagangan yang dibuat hanya berdasarkan kemungkinan keputusan Fed semata-mata dan lebih kepada lindung nilai daripada tekanan yang semakin meningkat terhadap kredit swasta AS, apabila wujud kebimbangan yang bertambah mengenai pinjaman bayangan dan kemungkinan kejadian kredit.

“Dalam konteks ini, pelabur menggunakan emas sebagai jaminan terhadap kebimbangan kestabilan kewangan yang meluas, bukan sekadar pertaruhan arah terhadap kadar dasar seterusnya,” katanya kepada Bernama.

November 2025 meningkat kepada US$4,096.40 setiap auns troy daripada US$4,039.50; Disember 2025 naik kepada US$4,113.70 setiap auns troy daripada US$4,056.70; Januari 2026 menokok kepada US$4,131.70 setiap auns troy daripada US$4,074.70 pada Selasa.

Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing ditutup tinggi pada US$4,148.0 setiap auns troy daripada US$4,090.20.

Jumlah dagangan meningkat kepada 44 lot daripada 31 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 87 kontrak daripada 68 kontrak.

Harga emas fizikal pada US$4,060.85 setiap auns troy, menurut harga petang Persatuan Pasaran Jongkong London pada 18 Nov, 2025.

— BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial



Source link

Related Articles

Responses

Your email address will not be published. Required fields are marked *