Momentum Positif COMEX AS Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan momentum positif yang dapat disaksikan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).
Kontrak bulan semerta November 2025 meningkat kepada US$4,023.50 setiap auns troy daripada US$4,022.00, Disember 2025 melonjak kepada US$4,040.40 setiap auns troy daripada US$4,039.30, manakala Januari 2026 naik sedikit kepada US$4,059.00 setiap auns troy daripada US$4,056.30 pada Jumaat lalu.
Sementara itu, kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup tinggi kepada US$4,074.90 setiap auns troy daripada US$4,072.20 sebelum ini.
Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada 212 lot, sama seperti Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 289 kontrak daripada 300 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$4,011.50 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 31 Okt, 2025.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
Responses